Sebelum aku teruskan cerita aku, aku ingin korang tahu yang “Windows Live Writer” & “Live Blogging” adalah benda yang berbeza sama sekali.
Windows Live Writer hanyalah software WYSIWYG (What You See Is What You Get) untuk penulisan blog. “Live Blogging” pula ada pelbagai tafsiran. Salah satunya adalah bila korang berblog secara mobile selalunya melalui handphone. Dimana korang ambil gambar, tulis artikel dan post on the spot.
Selain itu ada juga “live blogging” yang menggunakan laptop dimana korang cover sesuatu acara maybe sukan, conference dan sebagainya secara live. Posting dibuat on the spot dan interaksi komen juga on the spot. ( Dah macam Conference Online pulak kan? ). Salah satu website yang menyediakan perkhidmatan seperti ini adalah Coveritlive.com. Cukup setakat ini tentang “Live Blogging”, kita balik kepada tajuk asal.
Sebenarnya aku pun tak lama menggunakan Windows Live Writer (WLW) ni. Baru dua posting je yang aku gunakan WLW. Tak sampai seminggu pun. Tapi pada aku ianya suatu pengalaman yang baru dan menarik. Kenapa?
Simple je jawapannya. Apa yang korang boleh buat di blogger account korang boleh buat jugak di WLW tapi dengan lebih EFEKTIF!.
A. Draft posting yang korang tulis akan nampak sebijik
macam apa yang akan keluar di blog korang. So lebih senang nak adjust2 kasi lebih cun dan kena dengan template korang. (so tak payahla nak publish post pastu pergi view blog then tak puas hati sebab tak nampak menarik then masuk balik blogger.com –> edit post –> publish balik –> tarik rambut sebab masih tak puash hati)
B. Simple editing pada gambar yang berulang-ulang lebih mudah
- Nak buat drop shadow?
![]()
- efek fotopaper?
- Sephia?
- Nak gambar senget, Watermark ?
Macam-macam lah ada.
C. upload media, editing dan publishing lebih pantas dan ‘smooth’
Oleh kerana editing semua dibuat di local (tak connect ke server semasa editing) so tak ada la masalah nak tunggu lama walau hanya nak buka kotak open file untuk select gambar. [ Ini kerana tak perlu lagi load html-html form dari server blogger.com semasa editing ].
Selain itu nak publish juga ambil masa lebih cepat kerana WLW connect direct terus dengan server blogger semasa posting dan sekali lagi tak payah lalui proses loading html-html form yang tak diperlukan.
Tekan publish
tunggu kejap.. (kalau korang tak save password dia akan minta password dulu)
Dejavu ! ( Korang dah tau dari awal apa yang akan keluar sebelum post pun kan. )
semasa menulis post ini aku dengar lagu:
1. Zaiton Sameon – Menaruh Harapan
2. Agnes Monica – Teruskanlah
DOWNLOAD “WINDOWS LIVE WRITER” KAT SINI











